Sesi Taklimat Penyelarasan Kerjasama Strategik Antara Komuniti MADANI dan NADI
17 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 Januari 2025, Rabu, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menyertai Sesi Taklimat Penyelarasan Kerjasama Strategik Antara Komuniti MADANI dan NADI yang bermula daripada pukul 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi. Taklimat tersebut telah dijalankan secara atas talian dan telah dihadiri oleh semua petugas NADI dari semua negeri.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Jabatan NADI MCMC bersama wakil JAPEN Komuniti Madani. Objektif taklimat ini diadakan bersama dengan petugas NADI adalah untuk memberi pengenalan kepada program NADI x Komuniti Madani yang bakal diadakan dalam jangka masa terdekat.
Objektif lain program ini adalah untuk memberi sokongan program Komuniti Madani dengan kerjasama NADI untuk menjalani Kursus dan menjadikan NADI paltform utama dalam akltiviti Komuniti Madani.
Semoga program ini mendapat sambutan yang baik daripada Komuniti di seluruh Malaysia dengan harapan untuk mengembangkan lagi kemahiran mereka dan menaik taraf tahap ekonomi mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: